Friday, March 21, 2014

sebuah pertemuan

saya ingin berkongsi sebuah cerita yang saya laluinya sendiri. Ini cerita saya sewaktu belajar di sebuah unversiti diluar negara ,seingat saya dalam tahun kedua pengajian disini.saya masih setahun jagung kata orang-orang tua.kelas pengajian saya untuk sem itu bermula agak awal berbanding dengan roommate saya yang lain .setiap hari saya kena melalui sebuah tangga betul-betul berhadapan dengan rumah saya.menaiki tangga itu sudah menjadi rutin harian kalo siapa2 nak diet bole lah naik turun tangga nie..hehe. time mesti saya akan bertembung dengan anak jiran saya .rumah dia sebelah kanan dan rumah saya sebelah kiri. Boleh dikatakan setiap hari saya akan bertembung dengan dia .kalo tak pon time saya balik dari kelas .


Umur dia dalam lingkungan 7 tahun,comel orangnya.saya akan mengikuti dari belakang jarak yang jauh .suatu hari saya seperti biasa saya pergi kelas ,kali nie saya betul2 dibelakang anak jiran saya itu .dia dengan beg sekolah yang agak berat ,biasalah budak sekolah rendah .sambil menaiki tangga saya terdengar suara kecik yang sedang berselawat sambil menaiki tangga .siapa lagi kalo bukan anak jiran saya…SUBHANAALLAH sekecik begini sudah menjadikan selawat  sebagai rutin harian .. tiba2 rasa kerdil diri nie .setiap hari saya akan mengikuti dia dari belakang mesti saya akan mendengar dia berselawat ^_^nama dia ahmad . 

Thursday, March 20, 2014

MY BIG BOSS

Apa yang menarik pasai MY BIG BOSS…semuanya menarik^_^.hobi MY BIG BOSSmenanam pokok macam-macam jenis pokok dari pokok bunga sampai lah pokok herbal rumah dikeliling pokok .macam orang cakap selalu rumahku syurgaku .my big boss mempunyai hobi yang sama dengan permaisuri hati dia MY MAK hehe.tiap hari jumaat sudah menjadi kepastian my big boss pergi ke pasar tani (pekan nat )orang kedah mesti tahu perkataan nie .saya pengikut setiap tiap kali my big boss pergi pasar tani.selalunya my big boss mesti akan beli anak pokok ataupon benih pokok baru bole balik rumah dengan senang hati .


Selalunya my big boss menghabiskan masa dengan membaca kitab-kitab lama .saya pernah baca salah sebuah kitab lama tak sampai 5minit mengantuk..last2 tido hehe .tiap petang mesti my big boss siram pokok2 kesayangan dia,selalunya kami yang anak-anak akan lawan siapa yang pi siram pokok paling awal suka mengacau big boss siapa lagi nak kacau kalo bukan anak2 kesayangan big boss hehe.
Setiap lepas mahgrib selalunya MY BIG BOSS akan mengajar mengaji budak2 kampung .time nie rumah saya mesti bising macam ada kenduri .my big boss kalo mengajar memang garang dalam maksud tegas ..takut saya hehe .big boss pernah kata abah garang nak bagi kakak cepat pandai sebab itu abah garang, time itu kecik lagi . sekarang nie saya sudah mula faham apa yang  abah dan mak ajarkan sewaktu kecik ..touching plak tiba2 **-** rindunyaa



Ok berbalik pada my big boss ^_^ my big boss suka lepas ajar mengaji budak2 kampung kat rumah ,kalau tak hujan @ tak ada urusan lain suka berehat kat tempat rehat kat luar rumah bole laa 4 @5 orang duduk kat situ .my big boss suka tegok suasana malam yang sejuk dan nyaman time2 camnie bintang2 pon banyak ..kami sekeluarga selalu tegok bintang malam2 sambil my big boss bercerita .satu lagi menarik pasai my big boss tercinta saya nie kalo time birthday anak2 selalunya mak ayah mesti beli kek birth tapi lain plak dengan my big boss saya …big boss akan tanya kat birth girl @ boy (anak2) nak kek apa??.. ingat lagi time tu saya baru umur 7tahun .saya pon semangat bagitahu saya nak kek coklat ada lilin warna-warni .mak saya ada cakap awal2 lagi kakak ,jangan berharap sangat .hari yang dinanti-nantikan saya pon tunggu my big boss depan rumah degan harap dapat kek coklat hehe..nampak moto my big boss diluar rumah saya pon berlari2 seronok …tiba2 my big boss bagi sebiji tembikai besar dalam 5kg camtu pasai berat tembakai tu tak ingat hehe.. dengan muka selamber big boss cakap”kak ,nak nie kek coklat yang kak nak tu “. Tu  alkisahnya MY BIG BOSS ^-^

Tuesday, March 18, 2014

rahsia solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.