Thursday, March 20, 2014

MY BIG BOSS

Apa yang menarik pasai MY BIG BOSS…semuanya menarik^_^.hobi MY BIG BOSSmenanam pokok macam-macam jenis pokok dari pokok bunga sampai lah pokok herbal rumah dikeliling pokok .macam orang cakap selalu rumahku syurgaku .my big boss mempunyai hobi yang sama dengan permaisuri hati dia MY MAK hehe.tiap hari jumaat sudah menjadi kepastian my big boss pergi ke pasar tani (pekan nat )orang kedah mesti tahu perkataan nie .saya pengikut setiap tiap kali my big boss pergi pasar tani.selalunya my big boss mesti akan beli anak pokok ataupon benih pokok baru bole balik rumah dengan senang hati .


Selalunya my big boss menghabiskan masa dengan membaca kitab-kitab lama .saya pernah baca salah sebuah kitab lama tak sampai 5minit mengantuk..last2 tido hehe .tiap petang mesti my big boss siram pokok2 kesayangan dia,selalunya kami yang anak-anak akan lawan siapa yang pi siram pokok paling awal suka mengacau big boss siapa lagi nak kacau kalo bukan anak2 kesayangan big boss hehe.
Setiap lepas mahgrib selalunya MY BIG BOSS akan mengajar mengaji budak2 kampung .time nie rumah saya mesti bising macam ada kenduri .my big boss kalo mengajar memang garang dalam maksud tegas ..takut saya hehe .big boss pernah kata abah garang nak bagi kakak cepat pandai sebab itu abah garang, time itu kecik lagi . sekarang nie saya sudah mula faham apa yang  abah dan mak ajarkan sewaktu kecik ..touching plak tiba2 **-** rindunyaa



Ok berbalik pada my big boss ^_^ my big boss suka lepas ajar mengaji budak2 kampung kat rumah ,kalau tak hujan @ tak ada urusan lain suka berehat kat tempat rehat kat luar rumah bole laa 4 @5 orang duduk kat situ .my big boss suka tegok suasana malam yang sejuk dan nyaman time2 camnie bintang2 pon banyak ..kami sekeluarga selalu tegok bintang malam2 sambil my big boss bercerita .satu lagi menarik pasai my big boss tercinta saya nie kalo time birthday anak2 selalunya mak ayah mesti beli kek birth tapi lain plak dengan my big boss saya …big boss akan tanya kat birth girl @ boy (anak2) nak kek apa??.. ingat lagi time tu saya baru umur 7tahun .saya pon semangat bagitahu saya nak kek coklat ada lilin warna-warni .mak saya ada cakap awal2 lagi kakak ,jangan berharap sangat .hari yang dinanti-nantikan saya pon tunggu my big boss depan rumah degan harap dapat kek coklat hehe..nampak moto my big boss diluar rumah saya pon berlari2 seronok …tiba2 my big boss bagi sebiji tembikai besar dalam 5kg camtu pasai berat tembakai tu tak ingat hehe.. dengan muka selamber big boss cakap”kak ,nak nie kek coklat yang kak nak tu “. Tu  alkisahnya MY BIG BOSS ^-^

No comments:

Post a Comment